Tuesday 26 December 2017

Padang Permainan Taman Permai kini sudah berlampu.


Kontraktor lantikan MPKJ pasang tiang.


Suasana padang kini cerah.


AJK PPTPDI melawat tiang lampu yang telah dipasang.

Aduan yang PPTPDI terima tahun lalu, Padang Permainan Taman Permai terlalu banyak botol dan kaca bersepah disebabkan ada 'geng mabuk' melepak di situ pada waktu malam. 
Hasil aduan tersebut pihak AJK PPTPDI memohon kepada MPKj agar diadakan lampu di padang permainan. Kini 1 tiang dan 4 biji lampu spotlight telah di pasang oleh MPKj di padang taman kita. 
Tahniah kepada AJK PPTPDI yang terlibat.
Semoga dengan adanya lampu spotlight di padang ini dapat menghidupkan aktiviti-aktiviti penduduk di padang pada waktu malam dan seterusnya dapat mengurangkan gejala 'tidak sihat' di padang pada waktu malam.

22 Disember 2017
"Sepakat Bertambah Erat"



No comments:

Post a Comment

Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Merdeka 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang PPTPDI 2018 - Sayangi Malaysiaku Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kali ke 61. ...