Tuesday, 9 January 2018

Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) menerima Geran Persatuan Penduduk 2017

Pengerusi PPTPDI, En. Muhammad Bashir Maktar menerima
Geran Persatuan Penduduk dari YB Dato' Johan Abdul Aziz

Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) telah menerima Geran Persatuan Penduduk sebanyak RM10,000 yang telah peruntukan dibawah peruntukan JPM.

PPTPDI diwakili Pengerusi En. Muhammad Bashir bin Maktar telah dijemput hadir ke majlis penyampaian geran di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Langat pada 9 Januari 2018 (Selasa).

Majlis Penyampaian Geran tersebut disempurnakan oleh Y.B. Dato' Johan Abd Aziz selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat merangkap Adun Semenyih disaksikan YBhg. Dato Markiman Timb. Ketua UMNO Hulu Langat dan hadir bersama Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Hulu Langat.

Semoga dengan peruntukan yang telah diterima dapat menaikan semangat Jawatankuasa PPTPDI untuk merancang aktiviti akan datang.

Gambar bersama penerima Geran Persatuan Penduduk/ JMB

YB Dato' Johan Abd. Aziz menyampaikan amanat sebelum majlis penyerahan geran berlangsung.

Diantara wakil-wakil penerima geran persatuan penduduk/ JMB

PPTPDI
"Sepakat Bertambah Erat"


Kalendar PPTPDI Tahun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua warga penduduk, pihak persatuan sedang rancak membuat edaran kalendar versi PPTPDI 2018 dimana edaran ini akan sampai kesetiap pintu rumah Taman Permai, Taman Damai Indah dan Flat Damai Indah yang akan diedarkan oleh AJK PPTPDI setiap kawasan.

Sila ambil maklum bahawa setiap info talian kecemasan yang telah dipaparkan di muka hadapan kalendar sebagai kemudahan semua sekiranya menghadapi saat kecemasan kelak. Informasi ringkas berkaitan persatuan juga ada dipaparkan untuk pengetahuan umum.

Sekiranya ada rumah yang masih belum dapat kalendar sila hubungi Wakil Kawasan yang telah dilantik dengan kadar segera kerana kalendar PPTPDI cepat habis macam 'pisang panas'.

Kalendar PPTPDI 2018

Kami mendoakan agar semua penduduk akan sentiasa didalam kehidupan yang berkualiti serta harmoni demi menghadapi hari yang mendatang.

PPTPDI
"Sepakat Bertambah Erat"

Monday, 1 January 2018

PROJEK CAT GELANGGANG TAMAN PERMAI







Gelanggang Badminton/ Sepak Takraw di Padang Taman Permai sudah di cat AJK PPTPDI pada 25 Disember 2017 (Isnin) lalu.

Atas cadangan AJK PPTPDI untuk keselesaan penduduk. Lampu dah ada, kini gelanggang pula sudah di tambah baik untuk kegunaan penduduk Taman Permai dan Damai Indah. Nampak cantik sikit TAMAN PERMAINAN KITA kan..

Silap-silap malam nak berzumba pun boleh ni, gelanggang dah ok lampu dah ada hehehe

Kos keseluruhan penyelenggaraan ini dari tabung Persatuan Penduduk Taman Permai Dan Damai Indah hasil yuran bulanan penduduk dan sumbangan AJK PPTPDI. 
Sekiranya ada yang berhajat nak menyumbang untuk sebarang aktiviti PPTPDI boleh berhubung dengan S/U En. Muhammad Hazri.

"SEPAKAT BERTAMBAH ERAT"
PPTPDI

SELAMAT TAHUN BARU 2018 PPTPDI



Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018 kepada semua penduduk taman. 

Semoga kehadiran 2018 membuahkan azam yang berbeza dari tahun sebelumnya. Kuatkan tekad, mantapkan ukhuwwah semoga komuniti kita dirahmati Allah sentiasa. 

Kepada semua ahli, teruskan sokongan anda kepada Persatuan dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan komuniti berwawasan.

"SEPAKAT BERTAMBAH ERAT"
PPTPDI

Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Merdeka 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang PPTPDI 2018 - Sayangi Malaysiaku Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kali ke 61. ...