Wednesday 1 August 2018

Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Merdeka 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang PPTPDI 2018 - Sayangi Malaysiaku

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kali ke 61.

Sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61, Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di setiap kediaman masing-masing dan premis perniagaan. 

Kempen bertujuan untuk menyemaikan semangat patriotisme dikalangan penduduk Taman Permai dan Taman Damai Indah, Kajang terutama dikalangan kanak-kanak. Patriotisme adalah sentimen nasional yang menekankan aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.

#SayangiMalaysiaku
#BulanKebangsaan

Salam Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke- 61, Tahun 2018 untuk seluruh warga Taman Permai dan Taman Damai Indah, Kajang.

Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah

Saturday 26 May 2018

Majlis Berbuka Puasa Persatuan Penduduk Taman Permai dan Taman Damai Indah (PPTPDI) di Surau Al-Musawwir, Kajang

Majlis Berbuka Puasa PPTPDI dan Surau Al-Musawwir 2018

Tarikh: 9 Jun 2018 (Sabtu)
             24 Ramadhan 1439H
Masa: 6.00 petang
Tempat: Surau Al-Musawwir



Majlis Berbuka Puasa anjuran PPTPDI dan Jawatankuasa Surau Al-Musawwir merupakan aktiviti tradisi yang telah dianjurkan saban tahun di bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan. Ianya diadakan bersekali dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan kepada penduduk-penduduk susah hasil sumbangan yang dikumpulkan di Surau sepanjang bulan Ramadhan.










Non Muslim juga turut hadir meraikan Majlis Berbuka Puasa PPTPDI






Monday 14 May 2018

Gotong Royong Membersihkan Surau Al-Musawwir - Persiapan Ramadhan 1439H

Program Gotong Royong
Tarikh: 13 Mei 2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tghari
Tempat: Surau Al-Musawwir

Program Gotong Royong membersihkan Surau Al-Musawwir merupakan program nilai murni anjuran Jawatankuasa Surau dan kerjasama Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Permai dan Taman Damai Indah (PPTPDI) bersama ahli qaryah Surau Al-Musawwir sempena persiapan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1439H.

Anak-anak turut membersihkan Surau Al-Musawwir, Kajang
Objektif program adalah untuk menyemai semanagat kerjasama bergotong royong sesama penduduk membersihkan kawsan surau disamping dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat serta dapat mengeratkan hubungan perpaduan diantara satu sama lain.







PPTPDI berharap aktiviti berfaedah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sunday 8 April 2018

Program Gotong Royong Taman Permai dan Taman Damai Indah 2018

Sebahagian penduduk bersama mantan Adun Bangi
Alhamdulillah..

Pihak PPTPDI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang turun bersama-sama memeriahkan program kali ini. Penduduk datang berkumpul seawal 8.00 pagi, semangat kesepakatan yang erat ini menunjukkan silaturahim sesama kita tetap utuh dari dulu, kini dan selamanya.

Penduduk berkumpul di padang
Pengerusi PPTPDI En. Muhammad Bashir Maktar memberi kata aluan sebelum program.
Penduduk mendaftar untuk mengambil baju t-shirt












Terima kasih semua!!!

"Sepakat Bertambah Erat"
PPTPDI

HEBAHAN Program PPTPDI : Gotong Royong Taman Permai dan Taman Damai Indah Tahun 2018

Poster Gotong Royong


PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN PERMAI & DAMAI INDAH, KAJANG TAHUN 2018 

HARI : AHAD 8.00 PAGI
TARIKH : 8 APRIL 2018
TEMPAT BERKUMPUL : TAMAN PERMAINAN, TMN. PERMAI, KAJANG

*Sarapan pagi disediakan.
*T-shirt percuma (terhad dan datang awal)
*Pihak persatuan akan menyediakan tong roro (Roll On-Roll Off) bagi memudahkan penduduk membuang sampah pukal termasuk perabut lama.
*Sila bawa peralatan yang bersesuaian.

SEMUA PENDUDUK TAMAN PERMAI DAN DAMAI INDAH DIJEMPUT!!

SHARE

Tukar lampu jalan Lorong Permai 2/1 Taman Permai oleh TNB



30 Mac 2018 - Proses penukaran lampu jalan lama kepada yang baru ditiang JP 2/1/2 Taman Permai.

Makluman kepada semua penduduk Taman Permai/ Taman Damai Indah/Flat Taman Damai Indah jika mempunyai sebarang masalah berkenaan lampu tiang dikawasan anda, adalah digalakan untuk terus menghubungi talian 15454 (TNB Careline) seperti yang tercatat di tiang lampu tersebut. Tindakan pantas daripada pihak TNB dalam masa 24jam akan disegerakan. Semoga dengan informasi ini berguna dan memberi manfaat kepada anda semua.

Terima kasih Setiausaha PPTPDI

"Sepakat Bertambah Erat"

Tuesday 9 January 2018

Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) menerima Geran Persatuan Penduduk 2017

Pengerusi PPTPDI, En. Muhammad Bashir Maktar menerima
Geran Persatuan Penduduk dari YB Dato' Johan Abdul Aziz

Persatuan Penduduk Taman Permai dan Damai Indah (PPTPDI) telah menerima Geran Persatuan Penduduk sebanyak RM10,000 yang telah peruntukan dibawah peruntukan JPM.

PPTPDI diwakili Pengerusi En. Muhammad Bashir bin Maktar telah dijemput hadir ke majlis penyampaian geran di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Langat pada 9 Januari 2018 (Selasa).

Majlis Penyampaian Geran tersebut disempurnakan oleh Y.B. Dato' Johan Abd Aziz selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat merangkap Adun Semenyih disaksikan YBhg. Dato Markiman Timb. Ketua UMNO Hulu Langat dan hadir bersama Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Hulu Langat.

Semoga dengan peruntukan yang telah diterima dapat menaikan semangat Jawatankuasa PPTPDI untuk merancang aktiviti akan datang.

Gambar bersama penerima Geran Persatuan Penduduk/ JMB

YB Dato' Johan Abd. Aziz menyampaikan amanat sebelum majlis penyerahan geran berlangsung.

Diantara wakil-wakil penerima geran persatuan penduduk/ JMB

PPTPDI
"Sepakat Bertambah Erat"


Kalendar PPTPDI Tahun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua warga penduduk, pihak persatuan sedang rancak membuat edaran kalendar versi PPTPDI 2018 dimana edaran ini akan sampai kesetiap pintu rumah Taman Permai, Taman Damai Indah dan Flat Damai Indah yang akan diedarkan oleh AJK PPTPDI setiap kawasan.

Sila ambil maklum bahawa setiap info talian kecemasan yang telah dipaparkan di muka hadapan kalendar sebagai kemudahan semua sekiranya menghadapi saat kecemasan kelak. Informasi ringkas berkaitan persatuan juga ada dipaparkan untuk pengetahuan umum.

Sekiranya ada rumah yang masih belum dapat kalendar sila hubungi Wakil Kawasan yang telah dilantik dengan kadar segera kerana kalendar PPTPDI cepat habis macam 'pisang panas'.

Kalendar PPTPDI 2018

Kami mendoakan agar semua penduduk akan sentiasa didalam kehidupan yang berkualiti serta harmoni demi menghadapi hari yang mendatang.

PPTPDI
"Sepakat Bertambah Erat"

Program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Merdeka 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang PPTPDI 2018 - Sayangi Malaysiaku Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kali ke 61. ...